Sunday, October 9, 2011

kuala lumpur

gua lagi sibuk mikir idea untuk kelas gua khamis ni. otak dah penuh asap. keluar sikit-sikit kat telinga. gua sumbat earphone.


gua gerak tetikus ke kiri, "tak kena..", gua gerak tetikus ke kanan, "siot! tak kena jugak..". gua panas.
gua berlenggeng. pintu bilik gua bukak luas-luas. "orait, baru cantik tuning. macam drop D." gua dah target kali ni idea mesti datang beratur macam orang kat pejabat pos/maxis. tapi sayang, idea gua masih terperuk dalam bilik jambannya. gua cuba melukis, mana tahu boleh datang idea. ternyata gambar cengkirik vs. belalang yang keluar. gua fedap.

gua buat keputusan duduk kat luar balkoni. termenung tengok KLCC. dalam hati gua dah fikir macam-macam dah ni. last-last gua dah agak mesti 'benda' ni datang. "sial lu taik, time ni lu 'ketuk pintu'!".

p/s: moral dari cerita gua, jangan makan sambal banyak sangat time lu orang dah tahu ada kerja nak kena bikin.

0 sumpah seranah: