Monday, October 10, 2011

task, task, 1,2,3. ok ke?

  • gua kena perah otak cari idea untuk kelas CCt khamis ni. kalau tak mamat libya yang satu team dengan gua akan grip leher gua sampai bijik mata gua terjojol sebelah sambil mulut berbuih-buih.
  • gua kena susun plan nak balik JB dalam minggu depan. nak peluk cium parents gua, nak amik basikal, nak tengok tv puas-puas, nak masak puas-puas, nak pegi taman mainan dengan nasuha puas-puas. paling penting, gua nak berak dan tidur puas-puas.
  • bilik rumah sewa gua kena siapkan deco nya. plan dah banyak, tapi hapah, satu haram pun tak start-start lagi.
  • baju-baju kotor dah settle gua basuh. esok turn seluar-seluar kotor pulak. baru la penampilan gua berjaya dan boleh mengurat akak admin (ok, gua dah muak cerita pasal ngurat perempuan je)
  • lepas ni gua kena alert dan take note setiap benda yang berlaku sekelilinh gua. baru gua ada banyak modal nak cerita kat blog. takdela gua madah nak cerita pasal berak, tidur, ngurat awek ong tai kim je.
  • hari-hari mendatang gua kena tempuh dengan tabah sebagai seorang lelaki bujang (gua tahu, takde kena-mengena)
  • gua nak cari shampoo yang boleh lembutkan rambut, rambut gua sekarang tengah in dengan scene keras-kematunya. misai, jambang, janggut gua nak kasi panjang balik. itu hari gua terpaksa cukur. dah tak mexican gua. sekarang gua lebih kepada artis K-Pop. jahanam.
sekian task-task yang gua kena laksanakan. dah, gua nak mandi, membuang, ngadap, pastu gua nak isi masa lapang dengan benda-benda berfaedah.

0 sumpah seranah: