Monday, April 1, 2013

Jamming punya cerita...



Itu hari gua jamming sama housemate rasa ada macam sebijik dengan band ni.





Ptuih la!

Wednesday, March 27, 2013

Ketua Geng Jerung Putih Mengganas!


disebabkan waktu tidur gua yang dah macam kuntilanak dalam beberapa hari ni, ini hari gua fikir gua nak pergi penatkan badan dengan aktiviti mengayuh. dah lama juga tak ditunggang "jerung putih" gua ni. cuma gua mintak dia tak buat hal tengah jalan la. mana la tahu merajuk.

layan feeling dulu:



nota kecik: secara tiba-tiba gua rasa nak update post kat sini. dah bertahun rasa takda update. ini kali bagi can la kat blog gua ni. gua pun lebih banyak update kat blog lagi satu. gua rasa Ning Baizura mesti dah mencarut fed-up tunggu update dari gua. ptuih!

Thursday, December 20, 2012

WASTED

Ini hari gua cuti kerja. Minggu depan tiga hari cuti yang gua apply dah diluluskan, balik JB yo. Semalam malam baru lepas habis jamming. Agak barai pada pandangan gua. Teknik-teknik permainan gitar gua perlu diperkemaskan lagi. Balik jamming gua terus bantai tidur.

Pukul 9 pagi gua dah terjaga. Kadang-kadang gua rasa mata gua ada sikit scumbag, waktu hari kerja rasa nak tidur lama-lama, tapi time hari cuti dia nak pulak jaga awal-awal. Bangun tidur gua termenung atas tilam. Fikir apa nak buat. Gua on laptop, bukak flickr tengok gambo. Gua bangun dari tilam pergi bilik air, tengok cermin, tu dia, WASTED!. Jahanam.

Wednesday, November 7, 2012

Antara kubis dan lobak merah


  • Scene kelas pekerja dah mula in dalam hidup gua. Macam-macam benda nak kena tune balik, dari tidur, posisi berak, cara jalan dan paling pentng cara penggunaan wang. Ada senak perut sikit la.
  • Gua dah berzaman tak balik JB. Pailang-pailang scene JB dah mula tarik-tarik muka sama gua. Ini pun nak kena tune balik ni.
  • Sekarang musim tengkujuh kan?
  • Molly a.k.a kucing peliharaan gua dah mula in dengan scene malas. Kena bagi makanan mahal2 sikit ni bagi dia cergas balik.
  • Kamera baru, basikal baru, baju baru, seluar baru dan macam-macam lagi yang baru dalam hidup gua. Rasa macam baby new born. Faktap.

Sunday, December 4, 2011

feeeellllliiiinnngggg~

gua golek2 atas tilam. main campak2 henpon. tekup muka kat bantal (ok yg ni dah macam awek2).

gua berenti main golek2. gua termenung jap, gua duduk bersila atas tilam. sambil ngadap tingkap gua nyanyi,

"fffeeeeeeellllliiiiiiinnnngggggg~"

p/s: mak cik tingkat atas saja buat2 batuk time gua nyanyi.

Wednesday, October 12, 2011

cerita pukul 4.06 pagi

gua tengah syok dengor lagu revolvers-namun ku punya hati. dalam gua syok emo sorang-sorang tiba gua terdengar bunyi orang main ketuk-ketuk tingkap. gua tengok tingkap. "orait takde benda.", gua cuba tenangkan diri sendiri. gua layan balik lagu.


..............

tingkap gua bunyi lagi. gua pandang tingkap. takde benda juga. gua tengok lama-lama. pun takde.
tiba-tiba angin kuat. "sedap kalau pegi tune tingkap ni. selesa sikit gua tidur malam ni.". gua bangun. gua pergi ke arah tingkap. sampai kat tingkap gua cuba nak turunkan sikit tingkap. gua nak kasi angin masuk ngam-ngam kena kat tilam gua. sedang gua cuba nak turunkan, PAP! tiba-tiba satu kain putih usang terbentang kat luar tingkap. gua yang terkejut terus lompat pegi tilam. gua baca ayat-ayat suci. naik salah gua baca akibat takut sangat.

gua cuba pandang balik tingkap. masih ada lagi kain putih tu. gua tekap muka kat bantal busuk. time ni gua dah tak kisah bantal gua busuk ke tak. takut punya pasal. lepas tu tiba-tiba je bunyi pulak anjing menyalak. makin menyeramkan gua keadaan time tu.

setelah berfikir lama, gua nekad nak pergi halau benda alah tu. gua beranikan diri menghampiri tingkap. tapi, semakin dekat gua dengan objek tu, semakin gua perasan apa benda sebenarnya benda alah tu.

"mak cik! lain kali jangan sidai kain putih luar tingkap malam-malam! nasib baik saya takde heart attack! kalau tak dah lama 'go' !" gua kasi sound mak cik rumah atas. rupanya makcik tu bantai sidai kain kenduri dia. jahanam. dan bila kain tu menjurai-jurai tiup angin dia akan menghasilkan bunyi pada tingkap gua. gua yang benggang time tu terus amik ps2 member dan gua gigit joystick puas-puas.

Monday, October 10, 2011

task, task, 1,2,3. ok ke?

  • gua kena perah otak cari idea untuk kelas CCt khamis ni. kalau tak mamat libya yang satu team dengan gua akan grip leher gua sampai bijik mata gua terjojol sebelah sambil mulut berbuih-buih.
  • gua kena susun plan nak balik JB dalam minggu depan. nak peluk cium parents gua, nak amik basikal, nak tengok tv puas-puas, nak masak puas-puas, nak pegi taman mainan dengan nasuha puas-puas. paling penting, gua nak berak dan tidur puas-puas.
  • bilik rumah sewa gua kena siapkan deco nya. plan dah banyak, tapi hapah, satu haram pun tak start-start lagi.
  • baju-baju kotor dah settle gua basuh. esok turn seluar-seluar kotor pulak. baru la penampilan gua berjaya dan boleh mengurat akak admin (ok, gua dah muak cerita pasal ngurat perempuan je)
  • lepas ni gua kena alert dan take note setiap benda yang berlaku sekelilinh gua. baru gua ada banyak modal nak cerita kat blog. takdela gua madah nak cerita pasal berak, tidur, ngurat awek ong tai kim je.
  • hari-hari mendatang gua kena tempuh dengan tabah sebagai seorang lelaki bujang (gua tahu, takde kena-mengena)
  • gua nak cari shampoo yang boleh lembutkan rambut, rambut gua sekarang tengah in dengan scene keras-kematunya. misai, jambang, janggut gua nak kasi panjang balik. itu hari gua terpaksa cukur. dah tak mexican gua. sekarang gua lebih kepada artis K-Pop. jahanam.
sekian task-task yang gua kena laksanakan. dah, gua nak mandi, membuang, ngadap, pastu gua nak isi masa lapang dengan benda-benda berfaedah.