Thursday, December 2, 2010

Si Graduan Institut Rebellius (part 1)

matahari terbit. silau cahayanya menyinari ruang bilikku yang kusam. bangkit dari katil. aku longgar-longgarkan sedikit sendi-sendi dan otot-otot yang sudah puas berehat.

"ah, terlepas lagi subuh." keluh diri. syaitan yang menggari tubuhku dengan rantai dan memekakkan telinga ku pada waktu subuh tadi bertepuk tangan dan berhilai tawa.

aku tuju bilik air. dicapai berus gigi dan tuala. di pasang kaset pada radio usang tahun 90'an milik ayah. sejuk air menembak tubuh. aku keluar setelah puas menyental segala daki badan. dari bilikku sudah terbau haruman masakkan emak. "oh, ya. hari ni mak cuti kerja."

PPAAAPP!! sekeping lagi poster yang aku print semalam malam sehingga aku tertidur kini aku tampalkan pada dinding. turun tangga. adik-adik aku sedang seronok menonton televisyen, ayah sedang duduk membaca surat khabar. emak masih sibuk di dapur mengurus hidang sarapan pagi itu. "along, tolong kacaukan sambal tumis udang tu. lepas tu masukkan sikit garam." emak meminta tolong, sambil berkerut-kerut dahinya menahan panas mengopek kulit telur rebus.

"uda, cepat turun, sarapan sama-sama." panggil ayahku pada adik ketiga. pantas si tubuh gempal itu turun dari bilik dan terus menarik kerusi untuk duduk di meja makan. "bismillah...." aku suap nasi lemak berserta sedikit isi udang kedalam mulut. nikmat.

Emak bertanya hal belajar aku. aku sedikit tunduk sambil menghirup sedikit demi sedikit teh panas. perasaaan menyesal terus bermain di dalam hatiku. bermain papan luncur, bermain kamera filem, bermain basikal, bermain musik, aku leka di dalam bermain. hingga akhirnya pelajaranku melingkup. nyaris ayah dan emak masih bersemangat untuk terus menyokong aku habiskan pelajaran. maaf aku pinta pada emak dan ayah kerana menyusahkan mereka.

telefon bimbitku berbunyi kuat dan bising. tertera sebuah panggilan sedang menunggu jawapan dari aku. nama itu. aku seperti malas mahu melayan. "ah, kenapa waktu ni baru kau nak cari aku?" aku sedikit mengeluh sambil berfikir sama ada ingi aku jawab atau tidak panggilan itu. aku tekan punta hijau, "assalammualaikum....."

0 sumpah seranah: