Monday, July 5, 2010

Pak Mae Rock Tuuu!!

Bingkas Pak Mae bangun dari tidurnya, cara bangunnya ala-ala hero tamil yang baru dibelasah 10 orang samseng tapi tidak ada sikit lebam pun dibadan. Setelah bangun dari katil dipraktikkannya pula yoga, "kali ni kaki aku mesti boleh sampai kepala.." niat Pak Mae dalam hati. Di angkat sebelah kakinya dan cuba di bawa naik ke kepala, "prraakkk..." terbeliak mata Pak Mae menahan sakit dari pinggangnya itu, terkial-kial orang tua itu bangun pergi ke katil semula, "lupa stretching la pulok.." kata Pak Mae kepada bininya yang sedang mengemas katil. Kucingya yang duduk di sebelahnya hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat kelakuan Pak Mae. Pak Mae yang melihat perbuatan kucingnya yang menggeleng-gelengkan kepala itu terus menelefon TV3, "Karam Singh Waliau ade tak? Pak cik nak suruh dia tengok kucing pak cik pandai geleng-gelengkan kepala.." kata Pak Mae dengan perasaan takjub.

"Senah..darling, abang pegi dulu ye, nanti kamu bawak anak-anak makan tengahari kat warung kite.." kate Pak Mae dengan nada mengada-ngada. Bininya yang berasa geli dengan kelaku Pak Mae itu mebaling sebiji kuali ke arah Pak Mae. Pak Mae yang mempunyai daya penglihatan yang kuat seperti burung helang melompat lalu menangkap kuali yang dibaling oleh isterinya itu lalu die jatuh balik ke basikal Raleighnya dan terus dikayuhnya basikal laju-laju, gayanye tak ubah macam hero Satria Baja Hitam. Kanak-kanak yang sedang dalam perjalanan ke sekolah yang terlihatkan kelaku Pak Mae menepuk-nepuk tangan dengan perasaan kagum.

Sampai di warung disiapkan segala persiapan untuk memulakan perniaagannya. Tertunduk-tunduk orang tua itu menghalau tikus-tikus yang sedang lepak makan nasi goreng di bawah dapur warung Pak Mae. Seekor tikus yang berang mengambil sebiji batu kecil lalu membaling batu tersebut tepat ke arah mata Pak Mae. Pak Mae pun naik marah lalu mengambil flamethrower di stor belakang warungnya dan disembur api-api itu ke arah tikus-tikus tersebut. Habis hangus tikus-tikus tersebut. Setelah ketawa puas, baru Pak Mae perasan habis musnah kedainya dek flamethrower itu. Pak Mae terkedu sebentar. Sedang Pak Mae menggaru-garu kepala memikirkan bisnes apa yang akan dibukannya selepas ini datang Usop Sorto lalu berdiri disebelahnya,Usop Sorto memerhati keadaan warung Pak Mae, kemudian Usop Sorto berdiri di depan Pak Mae sambil mengangkat tangannya yang menunjukkan simbol rock lalu berkata, "Pak Mae, ROCK TUUUU!!!!". Usop Sorto pun berlalu sambil mengambil basikal Raleigh Pak Mae, didalam hatinya die berkata, "basikal Pak Mae ni boleh buat fixie ni..".

2 sumpah seranah:

botak said...

pak mae jual mende din? ada macam bakso tak berapa true akak bawah tak?

динкиллер said...

pak mae tak main jual bakso..x true kate die..pak mae jual mee bandung muo..rempah rembat kat kilang adami..