Sunday, May 16, 2010

Tijah Payung Gadis Penjual Karipap

Tijah hari ni bangun awal..rambutnya kusut masai..die menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal..die teringat semasa beliau berumur 5tahun pernah diserang kutu akibat bermain dengan sepupunya dibawah rumah tok ayahnya..

"wuarrrgghhhh..hehehehe" Tijah menguap sambil tersenyum-senyum mengenangkan mimpinya bertemu dengan Karam Singh Walia..selera Tijah agak berlainan dari perempuan biasa..beliau lebih meminati lelaki yang berjambang serta berbulu lebat..ramai jejaka2 kampungnya cuba menguratnya, namun semua ditolak kerana tiada seorang pun yang membela jambang..satu-satunya orang yang pernah hampir sangkut dengan Tijah adalah Pak Husin Lebai..Pak Husin Lebai mempunyai jambang yang cukup indah bagi pandangan mata Tijah, mungkin kerana Pak Husin Lebai mempunyai darah campuran Melayu-Arab jadi hormon bulunya lebih sedikit..tetapi akhirnya hubungan mereka terpaksa di putuskan setelah Tijah kasihan melihat Pak Husin Lebai lebam mata kirinya akibat terkena anak lesung yang dibaling oleh isterinya Mak Cik Rosnah..

Tijah menutup mulutnya dan cuba menghidu bau mulutnya sendiri.."fuuhhhh!!" kata Tijah sambil kepalanya agak sedikit senoneng..dia bingkas bangun mencapai tuala dan berus giginya,serta tidak lupa kain batiknya yang akan digunakan untuk berkemban..Tijah masuk kebilik air sambil menyanyikan lagu 'aku stacy' dari artis Stacy..moodnya agak baik pada pagi itu..

selesai menyarung kebaya sendatnya..beliau cuba berposing-posing dihadapan cermin sambil membayangkan dirinya umpama artis Bunga Citra Lestari..beliau menonggeng kekanan beliau menonggeng kekiri..Tijah terlalu obses dengan bentuk badannya yang ramping itu..

"mak..dah siap ke karipapnye??" tanya Tijah sambil mencari-cari kasut tumit tinggi yang sesuai dengan bajunya.."ni ha..mak dah masukkan dalam bakul ni..nanti kamu ambik ye, mak nak pergi mandi ni.." kata mak Tijah sambil membelek-belek gelang emasnya yang baru setakat paras lengan sahaja..ikutkan hatinya mahu penuh satu tangan dia letak gelang emas..biar berpino mata2 jirannya melihat kilatan gelang2 emas tersebut..

Tijah pergi kedapur dan mengambil bakul rotan yang diisi penuh dengan karipap yang masih panas..beliau pergi ke tangga dan menyarung kasut tumit tingginya yang berwarna kuning..dia berasa kasut tersebut amat padan dengan baju kebaya birunya,"hm, baru la 'bogel de bas' macam ni.." kata Tijah dengan bahasa inggeris teraburnya..sedang beliau menuruni anak2 tangga, tiba-tiba kakinya tergeliat dan beliau melatah, "Opocot mak kau s****l!! nasib baik tak jatuh.." adiknya yang ketika itu sedang bersiap untuk ke sekolah menutup telinga setelah mendengar carutan Tijah dan mak Tijah yang sedang mandi tiba2 tersedak, sambil menyangka mungkin jirannya Ipah Si Bini Drebar mungutuknya..Tijah menyelak sedikit kainnya dan terus berpura-pura seperti tidak ade apa2 yang berlaku..melenggok-lenggok punggung Tijah berjalan sambil memegang bakul dan payung yang tidak pernah ditinggalkan jika dia hendak kemana-mana..

sampai di warung Pak Mael Xpdc beliau terus duduk di kerusi panjang dan memanggil-manggil Pak Mael.."Pak Mael!Pak Mael! cepat Pak Mael..kumpulan XPDC datang kampung kita hari ni!!" seloroh Tijah dengan niat mengenakan Pak Mael.."Hah!! Mane2..kamu nampak diorang kat mane Tijah??" jawab Pak Mael gelojoh sambil meninggalkan teh tarik yang baru hendak ditariknya..Pak Mael sememangnya peminat setia XPDC..beliau masih menyimpan baju2 XPDC yang di belinya di pasar2 malam ketika beliau masih muda dahulu..hidupnya 23 jam 50 minit dengan lagu2 XPDC, dan hanya akan berhenti selama 10 minit pada waktu maghrib..selepas satu kaset ke satu kaset dia akan pasang..dan namanya juga ditukar dari Badrul Parit Jawa ke Mael XPDC akibat terlalu minat dengan kumpulan tersebut..


"hahaha, mane ade Pak Mael..Tijah tipu je..Pak Mael ni benak betul la.." kata Tijah agak sedikit kurang ajo dan gedik.."cis!!!alah Pak Mael pun dah tak minat dah dengan XPDC, sekarang Pak Mael minat Aril.." kata Pak Mael sambil berlalu pegi ke dapur sambil menyanyikan lagu Aril..
"eleh orang tua ni, cover malu la tu.."kata Tijah sambil merenung tajam ke arah Pak Mael..ikutkan hati Pak Mael mahu saje di rodok perut si Tijah dengan pisau potong bawangnya..

Tijah membuka sebuah meja kecil dan menyusun karipap2 yang sudah digoreng oleh emaknya pagi tadi ke atas dulang..di letaknya satu kadboard yang telah dilipat dan ditulis harga karipap2 tersebut..ditepi-tepi harga2 itu dihias dengan lukisan rama-rama dan sarang labah-labah, buruk sungguh hasil seni Tijah..namun Tijah merasakan itu karya yang paling agung darinya..

2 sumpah seranah:

getge said...

hah?
cter ape ny?
mrpek jer..

динкиллер said...

haha..
mmg cerita mengarut pun..