Saturday, May 15, 2010

"sepit udang belakang!"

seorang pak cik polis yang gua tak tahu pangkat die ape, sedang mengambil statement gua setelah gua eksiden motor pada tahun 2007 beberapa hari sebelum gua menghadapi SPM..

selepas pak polis tersebut memarahi gua kerana gua memandu tanpa lesen beliau pun meminta gua memberitahu list2 barang2 motor c70 gua yang rosak..

"yang rosak cik eh? aa..handle motor saya.." jawab gua sambil memikirkan lagi..
"handle motor.." jawab pak cik polis sambil terkial-kial menaip papan kekunci..
"lampu brek belakang pecah,lampu signal depan belah kanan pun pecah.."
"lampu brek..lampu signal kanan.." semakin lembab taipan pak cik polis tersebut, disebabkan gua merasa benggang, gua cedok muka pak cik polis tu sikit sambil membuat gaya ala2 Ryu didalam game Street Fighter(yang ni sumpah gua tipu..)..

"lagi.." balas pak cik polis, sambil sedikit tunduk untuk melihat gua..mungkin kerana cermin mata besarnya tu mengganggu penglihatannya untuk melihat muka gua..

"emmmmm...ha!!swing arm belakang cik.."
"swing arm?? ape bende tu??" jawab pak cik polis sambil menggaru-garu kepala petanda tak paham..
"alah, bende kat belakang yang melekat dengan spring kat belakang tu la cik..em, ape eh dalam bahasa melayu...ha! LENGAN AYUN.." jawab gua yakin sebagai pelajar jurusan Teknologi Kejuruteraan pada masa gua belajo di sekolah dulu..

"lengan ayun??aku xpaham lah istilah2 mat rempit kau ni.."
jawab pak cik polis xpaham2 lagi..(dan pak cik polis, gua bukan mat rempit..)

"alah bende kat belakang tu lah cik..yang tempat letak tayo(tayar) belakang tu.."
"hmm?? Oh!SEPIT UDANG BELAKANG!!"
gua diam.."sepit udang belakang??"

4 sumpah seranah:

amsyar said...

HAHAHA. sumpah lawak !

динкиллер said...

hahaha..
tu la pasal..bile mase motor ade sepit udang belakang gua pun xtau..
yang gua tau sepit udang tu kat basikal je ade..

cik hidayah said...

hahaha..lawak gle..dah cm tak btl lak aku glk tgh2 mlm ni..wawawa..
lagi rempit istilah pakcik tu..haha

динкиллер said...

pak cik polis mmg kebanyakannya mat rempit pun..