Monday, June 21, 2010

beghabuk!! atau bahasa saintifiknya: BERDEBU

blog yang dah lama terbior, jujur gua dalam beberapa masa yang lalu berasa sungguh malas untuk untuk mengemas kini blog gua..tambahan pula ketandusan akal gua yang mana daya pemikirannya lebih tandus dari gurun sahara..jika diletak unta dalam akal gua maka dalam seminggu akan matilah unta itu..

tiada apa yang tampak baharu dalam kamus hidup gua..masih lagi dengan aktiviti menolak papan selaju dan juga aktiviti menekan butang rana kamera..dan masih lagi gua kekeringan kertas yang tiada nilai untuk mengdevelop filem2 yang semakin banyak dalam kotak simpanan filem gua..dan mungkin gua lebih sibuk mengemas kini buku muka(facebook) gua yang baru gua daftarkan atas "bantuan" abang botak rambut kenteng(kini sudah tidak gondol seperti dahulu)..di atas sebab2 ini maka terbiorlah blog gua..tapi pada gua tiada guna gua menceritakan kenapa tidak di update blog gua semua ini, kerana gua cuma mempunyai 19 followers, dan bukannya 1,999 orang followers yang beratur menunggu hasil penulisan gua..huh!! sungguh tampak akan kesampahan diri gua..dan ini lah yang gua panggil PUNK!! gua menulis untuk kepuasan gua, untuk gua ceritakan pada orang2 yang mahu membaca dan mendengarnya..yang mana x suka gua cuma boleh kata: PERGI MATI..maaf emosi gua lebih kali ini..mungkin hormon2 amarah lebih banyak pada malam ini..

jadi setakat ini kemas kini dari gua..pendek kata, Tingkatkan Ilmu Di Dada, Bukan Singkatkan Baju Yang Makin Menampakkan Lurah Dada..

sedikit gambar semasa awal permainan papan selaju gua..dan gambar ni ditangkap oleh adik gua sendiri yang masa itu gayanya tak ubah macam Sudin Bujang Lapok..



ye2, gua tahu trick x menjadi, gua masa ni baru nak kenal ollie
..dan cume gambar ini yang ada..jadi gua terpaksa letak juga..

tetapi!!beberapa tahun kemudian:


haha, lihatlah hasilnya rampingkan!!terima kasih pada Nazir Isa..walau pun trick ini agak old school,tapi pada yang kata senang gua cabar lu buat sendiri!! tengok macam mane lu punya pinggang mencanak naik..silap2 malam tu jugak lu ketuk rumah Wak Sarto mintak urut..

dan percaya atau tidak, kelentikan dan kelembutan pinggang gua sekarang adalah hasil aktiviti ajaran big maam gua semasa gua di sekolah rendah dahulu..dengan melalui aktiviti inilah terhasilnya pinggang lentik gua ini:

jadi, jika ingin pinggang lentik banyakkan menari zapin/tarian tradisional dan kurangkan tarian2 syapel, tarian2 disko dan sebagainya..

p/s: lepas ni jangan cakap gua tak Punk pasal menari zapin..untuk pengetahuan anda Zapin Barulah True Punk!!

2 sumpah seranah:

.onelegalize. said...

muahaha..lawak siak ko din

динкиллер said...

wahahaaha..thnx wansong..