gua baru lepas buat satu panggilan pada big maam&big boss..
sedang gua buat pengakuan pada big maam yang puisi yang gua bagi dia untuk hari ibu adalah nukilan gua sendiri, terus big maam gua bagitau yang big boss nak daki gunung kinabalu..
perghhh!!! bior benor big boss gua nak daki gunung kinabalu..
xpenah2 big boss gua buat perangai macam gini..
gua pada mulanya menyangka big boss gua merajuk dengan gua, pasal gua xbalik2 kampung tolong jaga kebun dia kat penawar,kota tinggi tu..
gua bukan xnak tolong, tapi gua trauma dengan tragedi gua dan member2 gua kena kejor dek anjing kebun masa gua kerja tanam pokok durian belanda kat kebun big boss gua tu dulu..
gila..siapa xlari kalau dah kena kejor dengan lebih 10 ekor anjing kebun..
anjing kebun ni bukan macam anjing biasa, anjing biasa kita sergah dia lari..
anjing kebun kalau lu orang sergah makin suka la diorang nak kejar lu..
kisah ni bermula masa gua&the geng selesa bermandi-manda di parit berdekatan kebun big boss gua, yang mana air parit tu lagi jernih dari air laut kat pulau tioman (sumpah gua tak tipu,air parit ni jernih gile..)
sedang gua&the geng melepak tepi parit untuk mengeringkan badan, tiba2 dari jauh gua dah ternampak segerombolan anjing kebun sedang belari bersiar-siar..
gua&the geng pada mulanya xmengesyaki ape2..
tetapi setelah gua lihat anjing2 tersebut menukar arah tujuannya ke arah gua&the geng..
gua terus bagi signal pada member2 gua suruh cabut..
mase gua lari sempat jugak gua tengok muke sekor2 anjing2 tu..meremang bulu roma gua time lari tu..keluar peluh jantan gua semua..
habis bermaraton gua&the geng berlari kaki ayam..
yang paling bestnye gua dapat tempat first..
ade lagi satu bende best, time nak kena kejor, member gua boleh pulak nak amik dia punya spender (yang ni spender spare, jangan ingat kitorang mandi bogel), seluar, baju ape kejadah lagi la..gua yang memang tengah takut terus tarik member gua suruh lari..
gua siap cakap kat dia "taaak sempaaat~~~!!"
apa kejadah lu dah nak kena kejor dengan anjing sempat lagi nak ambik lu punye spender la, seluar la, baju lu la..
nasib baik time tu ade big boss gua..
gua memang respek big boss gua, cara dia halau anjing2 tu semua dengan sekali dia tepuk tangan je..
mencicit anjing2 tu semua lari..gua melihat kagum kat big boss gua..
big boss gua lepas tu duduk tepi gelak besar tengok gua&the geng mencungap-cungap xcukup tanah lari..
ok, berbalik pada cerita big boss gua yang nak daki gununug kinabalu..
gua yang musykil terus meminta pada big maam untuk menyambungkan talian gua pada big boss..
tapi talian gua dikacau dek operator comel(iaini adik perempuan gua paling bongsu)
setelah selesai menjawab soalan2 operator comel tersebut..terus talian gua disambung pada big boss..
gua pun bertanya kemusykilan, kenapa big boss tiba2 nak daki gunung kinabalu..
sekali rupenye dia punya kelab sukan offis yang buat aktiviti ni daa..
gua pun menarik nafas lega..ingat merajuk dengan gua tadi..kalau merajuk payah gua nak memujuk big boss gua..paling kurang kalau nak pujuk: pajero dia gua kena touch-up dengan colour hijau gelap metallic, pastu sport rim die kena beli baru, tayar pakai tayar original, xmau cikai2 ni, spotlight die gua kena tambah lagi, xcukup tiga yang dah sedia ade kat bumper depan tu, gua kena tambah empat lagi kat bumbung atas tu....
gua pun bertanya pada big boss, dia dah training ke nak daki2 gunung ni??
big boss gua dengan selamba jawab, "sikit2 je,buat ape nak training2 ni..xpayah, datang terus naik je lah.." pergh!!sempoi betul big boss gua..
gua pun menamatkan dialog gua dengan mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali pada big boss gua..lepas tu big bos bertanyakan hal duit poket gua, dan dengan cuak2 gua jawab dah "kering..hehehehe" big boss gua cuma berkata akan masukkan pada hari esok..
dalam masa yang same sempat juga gua mengampu mintak duit belanja lebih, tapi dari suara big boss macam x diapprove je, xpelah janji masuk..
gua bagi salam dan selepas big boss menjawab salam gua, talian diputuskan...
Monday, May 10, 2010
kisah big boss daki gunung kinabalu dan gua dikejar anjing kebun
kata-kata siber oleh динкиллер at 6:47 AM
Labels: kalam no.45
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 sumpah seranah:
haha apeda~
haha..
gua memang macam ni..
kena kejo anjing? gua tak heran. lu memang "makanan" dia. ekekekekeke
selamat untuk big boss lu :)
cis..nak kena pusat berbulu ni..
jaga lu nanti..
terima kasih:)..
Post a Comment